Showing posts with label Refleksi. Show all posts
Showing posts with label Refleksi. Show all posts

Friday, April 11, 2014

Refleksi: Komposisi dalam fotografi

Posted by Numi at 3:15 PM 0 comments


   Dalam entiti kali ini akan memberikan gambaran berkenaan dengan komposisi dalam fotografi. terdapat 5 jenis komposisi iaitu Simplicity, The rule of thirds, Lines, Balance dan Framing. 

1. Simplicity

    Simplicity  adalah cara dalam memberikan titik fokus dalam penghasilan gambar atau imej. Ia menceritakan di mana sebenarnya perlu kita perlu memberikan perhatian dalam sesuatu gambar yang terhasil. Salah satu cara adalah membilih latar belakang yang tidak padat yang akan memberikan halangan atau mencuri perhatian kepada subjek anda.

     Sebagai contoh gambar di bawah, di manakan titik fokus kita, adakah telefon, jambatan atau pokok kaktus?  Sekiranya kita memilih pokok kaktus, maka kita boleh menyisihkan subjek lain sebagai imej dan menggunakan langit sebagai latar belakang.




2. The rule of thirds 

    The rule of thirds  adalah membahagikan gambar kepada tiga pada kedua kedudukan iaitu menegak dan juga mendatar. Garisan horizon adalah salah satu daripada garisan mendatar. Subjek utama perlulah diletakkan 1/3 atau 2/3 daripada frame. Guna "sweet spots" untuk peletakkan yang sempurna.


The rules of third:
http://www.hippasus.com/resources/viscomp/Images/rule_thirds_schematic_sm.jpg


http://infocus.charlestonimage.com/2008/09/rule-of-thirds.html
3. Lines

     Lines atau garisan akan memberikan fokus kepada pengguna kepada trak atau jalan. Namun begitu untuk menghasilkan line, garisan mendatar dan menegak perlulah lurus.





4. Balance

    Balance  adalah susunan bentuk, warna atau kawasan gelap dan terang dan memenuhi sesama mereka untuk memastikan kesimbangan imej atau foto yang diambil.


5. Framing

    framing adalah cara untuk menyisihkan persekitaran yang tidak penting semasa mengambil gambar dan memfokuskan kepada pandangan yang ingin dihasilkan sahaja.






Refleksi: Tips dan teknik dalam menghasilkan gambar atau imej yang terbaik

Posted by Numi at 2:38 PM 0 comments

    Bagaimana menghasilkan gambar yang terbaik? Gambar yang terbaik perlu mempunyai ciri-ciri berikut iaitu penceritaan, bermakna, berkuasa serta unik.

1. Penceritaan
 
    Semua gambar yang terhasil adalah merangkumi unsur-unsur penceritaan. Samaada mempunyai karakter, mood, persekitaran, masa, hari atau tahun. Menggunakan persekitaran untuk membuat penceritaan adalah lebih baik daripada menggunakan perkataan. Namun begitu, penceritaan yang baik tidak perlu penerangan. Ini kerana dengan hanya melihat gambar, kita boleh mentafsir maksud tersirat.
sekadar hiasan


2. Angle of Shooting/ Sudut ketika mengambil gambar

     Sebagai jurugambar, kita perlu memberikan sudut yang terbaik dalam penghasilan gambar. Tidak semestinya kita mengambil gambar pada aras mata. Ini kerana, kepelbagaian dalam sudut atau posisi ketika mengambil gambar akan menghasilkan  imej yang berbeza-beza.

     Terdapat dua istilah yang digunapakai semasa mengambil gambar iaitu "bird's eye view" di mana kita mengambil gambar pada aras tinggi iaitu posisi dalam keadaan berdiri tegak dan melihat ke bawah. Teknik ini akan memberi gambaran imej yang kecil, lemah, tidak berkuasa.

    Manakala teknik kedua dikenali sebagai "worm's eye view" iaitu mengambil gambar pada aras rendah pada posisi di mana kita duduk dan mengarahkan kamera ke atas. Imej yang terhasil akan lebih menunjukkan kuasa, kekuatan.


worm's eye view

bird's eye view

3. Composition and Framing

     Composition dan Framing adalah di mana kita perlu menggunakan ruang dengan bijak serta memastikan di mana kedudukan kamera. Kita perlu memastikan perhatian ditumpukan atau fokus adalah kepada subjek. 
Dalam teknik ini, anda perlu memegang kamera pada aras mata subjek iaitu berada pada aras kedudukan mereka. Namun begitu, tidak semestinya subjek perlu melihat terus ke arah kamera. Ini kerana, kedudukan pada aras mata itu sendiri akan menghasilkan karakter serta perasaan kepada imej.


Refleksi: Exposure

Posted by Numi at 1:42 PM 0 comments


         Exposure adalah jumlah cahaya yang dibenarkan untuk menyentuh kanta sensor. Dalam film photography, exposure merujuk kepada jumlah masa untuk cahaya menyentuh film manakala bagi digital photography, exposure merujuk kepada jumlah masa untuk cahaya menyentuh sensor.

        Exposure boleh dikawal melalui 2 kawalan lensa dan 1 satu kawalan kamera iaitu Aperture, Shutter speed serta ISO.


Refleksi 4: Mengawal Aperture, Shutter Priority, ISO dan White balance bagi Kamera DSLR

Posted by Numi at 1:30 PM 0 comments

    Entiti sebelum ini saya dah sentuh sedikit berkenaan dengan dial mode kamera digital, aperture dan shutter priority dan juga ISO. Dalam entiti kali ini saya akan ceritakan lebih mendalam tentang tiga element penting iaitu aperture, shutter speed, ISO serta white balance.

Nikon: LCD Menu

 Aperture Priority, f-stop

     Aperture priority lebih dikenali sebagai f-stop. Fungsi Aperture adalah mengawal exposure daripada cahaya yang memasuki kamera melalui lensa yang dikawal secara manual. Dalam bahasa kasar adalah mengawal bukaan lubang pada lensa. Kalau anda ingin membeli kamera DLSR tak kan anda nak beli kamera yang modelnya adalah untuk beginner, mesti anda nak beli kamera yang taraf adalah untuk intermediate atau PRO. 
     
       Sebelum saya menyentuh lebih jauh berkenaan dengan aperture dan bagaimana untuk mengawalnya, sekiranya anda membeli kamera untuk pengguna intermediate atau PRO anda takkan nampak indicator-indicator yang akan saya tunjukkan di bawah nanti. Jadi disebabkan ilmu serta pengetahuan yang tak banyak tentang kamera kitapun gunakan teknik cuba dan jaya asalkan gambar tu cantik. Perpatah menyatakan bahawa,
 "memiliki kamera DLSR tidak akan menjadikan anda seorang jurugambar, namun anda hanya dipanggil sebagai pemilik kamera DLSR sahaja".
          
          Aperture kamera boleh dikawal dengan menggunakan Manual, M mode atau Aperture, A mode pada kamera anda. Perbezaannya adalah sekiranya anda menggunakan Manual mode, anda perlu mengawal aperture dan shutter priority secara manual. Namun sekiranya anda menggunakan Aperture Mode, kamera secara automatik akan mengawal shutter Priority kamera anda.
       
           Apa fungsi Aperture Priority kamera DLSR ini? Ia bertujuan dalam mengawal bukaan lensa untuk membenarkan jumlah cahaya yang sesuai memasuki kamera untuk menghasilkan imej yang baik yang lebih scientifiknya mengawal depth of field. Depth of field adalah ukuran sejauhmana bidang fokus dalam foto. Iaitu mengawal kedalaman sesuatu gambar yang dihasilkan.



http://media.digitalcameraworld.com/files/2012/08/Aperture-depth-of-field-photography-cheat-sheet.jpg

https://blog.etsy.com/en/2011/mastering-depth-of-field-techniques-for-dynamic-photos/

Tips:
1. Semakin besar nombor, semakin kecil bukaan lubang lensa, Semakin besar depth of field.
2. Semakin kecil nombor, semakin besar bukaan lubang lensa. Semakin besar depth of field
3. Untuk mengubah nilai aperture bagi kamera nikon,

      Bagi manual mod, M
      Tekan butang I (jangan lepas), kemudian gerakkan II ke kanan untuk kecilkan bukaan kanta, dan ke             kiri untuk besarkan bukaan kanta,
 
Mengawal aperture bagi kamera Nikon
  
Shutter Speed

          Shutter speed adalah jumlah masa untuk shutter  terbuka. shutter ini ibarat "tingkap atau tirai" kamera yang mengawal kuantiti cahaya yang masuk serta menyentuh sensor dan seperti aperture ia juga akan mempengaruhi exposure kepada imej. Semakin lama ia terbuka, makin banyak cahaya yang masuk maka semakin cerah imej yang terhasil.
         
             Kebiasaanya untuk menggunakan shutter speed yang perlahan, keseimbangan badan ketika mengambil gambar adalah penting. Salah satu cara adalah menyandarkan badan anda ke dinding atau mencari penahan serta menggunakan tripod untuk memastikan imej yang terhasil tidak bergegar. Shutter speed mempunyai 3 jenis setting iaitu shutter speed yang laju adalah untuk freeze pergerakkan, manakala shutter speed yang perlahan adalah untuk blur sebarang pergerakkan.
         
             Shutter speed kebiasaannya digunakan untuk merakam pergerakkan subjek yang ingin dihasilkan. Kebiasaannya dibaca sebagai saat iaitu berapa saat bukaan dan tutup tetingkap lensa. Diwakili oleh nombor 1/x.



http://www.pbase.com/image/41450051

http://www.digitalcameraworld.com/2012/05/17/what-is-shutter-speed-everything-you-need-to-know-in-less-than-500-words/


http://www.shortcourses.com/use/using1-10.html


ISO

      ISO adalah ukuran sensitiviti kamera sensor kepada cahaya. Semakin tinggi ISO, maka semakin sensitif sensor kepada cahaya. Namun begitu nilai ISO adalah bergantung kepada keadaan dan situasi. Bagaimana kita hendak mengetahui apa itu sebenarnya ISO, kita boleh lihat contoh penggunaan ISO dalam film-film lama yang digunakan oleh camera pada satu ketika dahulu.


Contoh ISO 400, 200




White Balance

       White balance tidak mempengaruhi exposure. Ia cuma mempengaruhi penampilan warna pada imej. Penggunaan sumber cahaya yang berbeza menghasilkan cahaya ia sendiri dan tidak boleh dilihat oleh mata kasar. White balance  adalah kesimbangan warna daripada cahaya yang diperolehi untuk menghasilkan warna imej yang betul. Apabila anda mengubah white balance pada kamera digital, anda mengubah warna yang dirasakan tidak realistik daripada imej. Ia merujuk kepada perubahan jumlah warna merah, hijau dan biru bagi memastikan warna semulajadi terhasil pada imej. Penggunaan White balance juga adalah bergantung kepada cahaya. Sekiranya imej yang terhasil adalah gelap disebabkan penerimaan cahaya yang banyak anda digalakkan menggunakan fungsi flash. 




Sumber Rujukan;
1. http://media.digitalcameraworld.com/files/2012/08/Aperture-depth-of-field-photography-cheat-sheet.jpg
2. https://blog.etsy.com/en/2011/mastering-depth-of-field-techniques-for-dynamic-photos/
3. http://www.pbase.com/image/41450051
4. http://www.digitalcameraworld.com/2012/05/17/what-is-shutter-speed-everything-you-need-to-know-in-less-than-500-words/
5. http://www.shortcourses.com/use/using1-10.html
            



Thursday, April 10, 2014

Refleksi 4: Tutorial perkara asas dalam Mengawal Aperture, Shutter Priority, ISO dan White balance bagi Kamera DSLR

Posted by Numi at 12:21 AM 0 comments
     Perkara asas yang anda perlu tahu sebelum mengambil gambar dengan mengggunakan kamera DLSR .

http://godigitalslr.com/shoot-manual-mode-cheat-sheet/
    Untuk memahami lebih lanjut mengenai konsep aperture priority, shutter priority dan ISO anda boleh ke link. Terdapat tutorial yang dibekalkan di link ini..

 http://www.canonoutsideofauto.ca/play/



Wednesday, April 9, 2014

Kenali Mode Kamera Digital (DLSR)

Posted by Numi at 8:41 PM 0 comments
 

             Pembelajaran di kelas minggu ke-3 memberikan pendedahan awal kepada penggunaan mode kamera digital DSLR iaitu semi-auto A (Aperture Priority), S (Shutter priority), M (Manual Mode)  dan juga P (Program Mode) serta penggunaan ISO.

       Sebelum kita bercerita lebih jauh, sama-sama kita lihat mode-mode yang sedia ada di dalam kamera digital. 





      Selain mode-mode di atas kamera DSLR juga ada menrangkumi mode seperti di bawah..




         Jom kita selidik serba sedikit kenapa Aperture priority, Shutter priority

dan ISO penting dalam menghasilkan imej yang berkualiti dan effective bagi kamera DSLR. 

Aperture Priority, A

        Aperture priority mengawal Depth of field iaitu focus dalam sesuatu imej. Apa yang mempengaruhi pemilihan aperture yang kita nak guna. Sebagai contoh kita nak guna ISO 800, maka pemilihan aperture adalah bergantung kepada apa yang kita nak capai. Pertama adalah depth of field sama ada kita nak gambar kita terang, atau focus pada imej tertentu. 

Shutter Priority, S
       
          Shutter priority mengawal shutter speed dalam menghasilkan gambar yang bergerak sama ada dibekukan atau mencipta gambar blur atau lebih dikenali sebagai Bo.

ISO

      ISO adalah kepekaan atau sensitivity kepada cahaya. Penggunaan ISO adalah bergantung kepada keadaan atau situasi di mana untuk keadaan yang mempunyai cahaya yang kurang memerlukan ISO  (800 ke atas) yang tinggi, untuk situasi dengan cahaya yang banyak guna ISO (100 hingga 300) yang rendah. Lagi rendah lagi bagus sebab mengurangkan noise.

         Pada penulisan seterusnya saya akan sentuh lebih mendalam tentang Aperture, Shutter priority dan ISO.


Friday, April 4, 2014

Refleksi minggu 2: Jenis-jenis Kamera

Posted by Numi at 5:46 PM 0 comments

     Terdapat pelbagai jenis digital camera di pasaran yang merangkumi pelbagai sistem.




Koleksi kamera digital dipasaran






Refleksi minggu 2: Bagaimana memilih kamera DSLR

Posted by Numi at 5:20 PM 0 comments
        Entry kali ne adalah berkenaan dengan bagaimana untuk memilih kamera DSLR, Kriteria serta perkara-perkara yang perlu di ambil kira..

        Bagi saya tidak perlu berbalah tentang kamera mana yang bagus serta berkualiti. Ini kerana, setiap teknologi adalah ciptaan manusia dan ada baik dan buruknya. Setiap pencipta kamera atau syarikat pengeluar sudah pasti menjaga imej serta nama baik mereka. Ya lah mereka kan nak kekal lama dalam industri pengeluaran teknologi ne.

    Beberapa tips yang boleh diberikan sekiranya anda ingin memilih kamera DSLR pertama anda adalah:


1. Tujuan atau sebab kenapa anda ingin memiliki kamera tersebut. Adalah disebabkan anda memang nak jadi jurugambar professional, minat, saja-saja beli atau  suka tengok orang beli kita nak beli.

2. Kemampuan kewangan atau bajet. Sebelum membeli kamera anda perlu melihat senarai harga dalam pasaran supaya anda boleh memiliki kamera DSLR dalam lingkungan bajet atau kemampuan anda.

3. Sensor kamera/Camera Sensor : Sensor kamera adalah kunci utama dalam DSLR di mana fungsi adalah membentuk imej seperti filem dalam kamera terdahulu
  • Megapixels: Sekiranya anda membeli compact kamera, anda akan bertanya pasal megapixels. Ialah tengok kat body dia akan cakap pasal pixels, sama seperti handphonekan.. Tapi dalam kamera DSLR   megapixels bukanlah perkara utama yang anda perlu lihat. Mempunyai lebih megapixels tidak akan menghasilkan imej yang berkualiti, ia hanya membenarkan pembesaran saiz imej yang dihasilkan.



    4. Mod Video: Adakah anda memerlukan fungsi video dalam kamera anda. Mungkin anda suka mengambil video maka fungsi ini boleh di ambil kira.

    5. Saiz Sensor/ Sensor Size: Anda digalakkan memilih kamera DSLR yang mempunyai Full frame Sensor/Sensor bingkai penuh sering dianggap menjadi setara digital daripada filem 35mm. Ia akan menghasilkan imej yang lebih berkualiti dengan penggunaan ISO yang tinggi.

    6. Sensor Cleaning : Salah satu keburukan menukar lensa kamera adalah kemungkinan habuk atau kotoran akan memberikan kesan kepada Sensor kamera. Habuk serta kotoran akan menghasilkan tompok-tompok kabur dalam imej anda. Oleh itu terdapat kamera DSLR yang mempunyai self-sensor cleaning untuk membersihkan habuk atau kotoran yang terbentuk.

    7. Lensa: Kebiasaan kedai akan menjual kamera bersama kit lense 18-55mm, Ini akan membolehkan anda untuk mengambil imej landskap di hujung lebar (18mm) dan kemudian mengambil beberapa potret yang baik pada akhir biasa (55mm). Sekiranya anda berniat untuk menaik taraf kamera anda (tidak kira jenama apa), anda tidak perlu menjual lensa yang anda ada, sekiranya lensa anda tidak sesuai dengan kamera baru anda hanya perlu membeli adapter


    8. Kamera second hand: Sekiranya anda berniat untuk membeli kamera second hand, pastikan anda melihat kepada shutter count kamera tersebut. Seperti meter kereta atau millage berapa kilometer telah ia pergi, begitu juga kamera. Shutter count memberikan nilai atau bilangan klik kamera yang telah di ambil oleh kamera tersebut. Ini kerana, kamera mempunyai jangka hayat sebelum ia lupus.



    Rujukan sumber:
    1. http://photography.tutsplus.com/articles/the-ultimate-guide-for-buying-your-first-digital-slr--photo-2270
    2. http://digital-photography-school.com/full-frame-sensor-vs-crop-sensor-which-is-right-for-you/



    Friday, March 14, 2014

    Refleksi Minggu 2: Jenama/Model DSLR (Canon vs Nikon)

    Posted by Numi at 10:25 PM 0 comments
             Masa mula2 nak cari kamera apa yang nak beli, di antara pelbagai rangkaian jenama/model DSLR Nikon, Canon, Samsung, Konika, Olympus dan etc terkasima sekejap dengan macam-macam komen serta luahan perasaan pengguna brand2 ne. Perbalahan yang hangat sehinggakan boleh menyebabkan kekeliruan terutamanya kepada kami yang masih baru dalam bidang penghasilan imej ne.. 
             
             Namun hakikatnya bergantung kepada "the taughts of the DSLR holders" maksudnya bergantung kepada pendapat tuan punya kamera yang sudah menggunakan kamera DSLR bukan yang hanya memiliki kamera, ambil gambar satu dua dan komen yang macam-macam. Ok saya tak nak menambahkan perbalahan lagi, penulisan saya seterusnya nanti akan mencoretkan tentang pelbagai jenis kamera yang dikeluarkan oleh pengeluar model kamera serta bagaimana cara untuk memilih kamera DLSR pertama anda.
             
             Untuk kali ini penulis hanya memperlihatkan tentang dua jenama besar dalam mengeluarkan kamera iaitu Nikon dan Canon. Perlu diingkat semula penulis tidak memperaktikan sifat berat sebelah di antara 2 jenis jenama ini. 
    * Maaflah kalau bahasa bercampur-campur..



    NIKON VS CANON



    First generation

    Second Generation

    Quality

    Primitive picture and white balance adjustments.

    Better due to Nikon's Adaptive Dynamic Range (ADR).

    Ease of use
    Easy for beginners

    Easy for pro which know to adjust lighting easily.

    Model

    D1 and D2 series, D40, D40x, D50, D70, D70s, D80, D100 and D200

    D3 and D300 ,
    D90, D700

    Other

    •     Optimize Image menu with crude controls
    •     Allowing only two rudimentary options of "Enhance (+)" or "Moderate (-)" for saturation
    •     WB trims that extend only to ±3.
    •     There is no green/magenta adjustment for WB

    •     Allow a full range of saturation and other image adjustments. Saturation and other values are set in direct units of up to ±3
    •      WB trims which extend 6 units in each direction, marked in blue and amber (not + and -)
    •     Allow green/magenta adjustment



    Pro
    Cons
    Canon:
    Canon is one of the leading companies in the camera market

    Canon
    •      Memory built in
    •      DSLR required Compact Flash cards, the memory cards . (Retail at a higher price than most cards, due to their advertising "Ultra II" and "Extreme III" That means that they will save your pictures 33x and 133x faster than a standard memory card, respectively)

    Lenses: zoom in at a very fast rate, ensuring you don't lose a picture a good distance away, waiting for your zoom to pan out to the subject


    Quality of picture : so good that even the least expensive camera they sell still takes nice pictures


    Nikon:
    All of them including the SLRs, take SD memory. Much more cheaper in the long run, since the Compact Flash memory cards are quite expensive.



    Perbandingan Kamera DSLR di antara Nikon dan Canon. Namun diingatkan semula sekiranya hendak membuat perbandingan perlulah dilihat semula perbezaan harga.Sudah pasti kamera DSLR dengan nilai harga yang tinggi adalah lebih baik kualitinya daripada kamera yang mempunyai harga yang lebih murah..

    http://snapsort.com/compare/Canon-Rebel-T4i-vs-Nikon-D600



    Rujukan dan Link

    1. http://voices.yahoo.com/camera-brands-pros-cons-nikon-kodak-canon-and-2262611.html?cat=4
    2. http://www.kenrockwell.com/nikon/dslr.htm
    3. http://apkins.blogspot.com/2012/11/panduan-membeli-dslr.html
    4. http://snapsort.com/compare/Canon-Rebel-T4i-vs-Nikon-D600


    Refleksi Minggu 1

    Posted by Numi at 9:30 PM 0 comments
             Pembelajaran minggu pertama adalah berkenaan dengan silibus, pemarkahan serta penilaian. Sepanjang minggu kami akan didedahkan dengan fungsi serta kegunaan mode dalam kamera DLSR. serta Penghasilan imej sepanjang pembelajaran ini  hanya menggunakan fungsi semi-auto mode dan manual mode. Imej yang dihasilkan hanyalah dengan hanya menggunakan tiga fungsi penting iaitu Aperture, Shutter priority serta ISO.





     

    Dari Kanta Lensa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei