Friday, April 11, 2014

Refleksi: Tips dan teknik dalam menghasilkan gambar atau imej yang terbaik

Posted by Numi at 2:38 PM

    Bagaimana menghasilkan gambar yang terbaik? Gambar yang terbaik perlu mempunyai ciri-ciri berikut iaitu penceritaan, bermakna, berkuasa serta unik.

1. Penceritaan
 
    Semua gambar yang terhasil adalah merangkumi unsur-unsur penceritaan. Samaada mempunyai karakter, mood, persekitaran, masa, hari atau tahun. Menggunakan persekitaran untuk membuat penceritaan adalah lebih baik daripada menggunakan perkataan. Namun begitu, penceritaan yang baik tidak perlu penerangan. Ini kerana dengan hanya melihat gambar, kita boleh mentafsir maksud tersirat.
sekadar hiasan


2. Angle of Shooting/ Sudut ketika mengambil gambar

     Sebagai jurugambar, kita perlu memberikan sudut yang terbaik dalam penghasilan gambar. Tidak semestinya kita mengambil gambar pada aras mata. Ini kerana, kepelbagaian dalam sudut atau posisi ketika mengambil gambar akan menghasilkan  imej yang berbeza-beza.

     Terdapat dua istilah yang digunapakai semasa mengambil gambar iaitu "bird's eye view" di mana kita mengambil gambar pada aras tinggi iaitu posisi dalam keadaan berdiri tegak dan melihat ke bawah. Teknik ini akan memberi gambaran imej yang kecil, lemah, tidak berkuasa.

    Manakala teknik kedua dikenali sebagai "worm's eye view" iaitu mengambil gambar pada aras rendah pada posisi di mana kita duduk dan mengarahkan kamera ke atas. Imej yang terhasil akan lebih menunjukkan kuasa, kekuatan.


worm's eye view

bird's eye view

3. Composition and Framing

     Composition dan Framing adalah di mana kita perlu menggunakan ruang dengan bijak serta memastikan di mana kedudukan kamera. Kita perlu memastikan perhatian ditumpukan atau fokus adalah kepada subjek. 
Dalam teknik ini, anda perlu memegang kamera pada aras mata subjek iaitu berada pada aras kedudukan mereka. Namun begitu, tidak semestinya subjek perlu melihat terus ke arah kamera. Ini kerana, kedudukan pada aras mata itu sendiri akan menghasilkan karakter serta perasaan kepada imej.


0 comments:

Post a Comment

 

Dari Kanta Lensa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei