Friday, April 4, 2014

Refleksi minggu 2: Bagaimana memilih kamera DSLR

Posted by Numi at 5:20 PM
        Entry kali ne adalah berkenaan dengan bagaimana untuk memilih kamera DSLR, Kriteria serta perkara-perkara yang perlu di ambil kira..

        Bagi saya tidak perlu berbalah tentang kamera mana yang bagus serta berkualiti. Ini kerana, setiap teknologi adalah ciptaan manusia dan ada baik dan buruknya. Setiap pencipta kamera atau syarikat pengeluar sudah pasti menjaga imej serta nama baik mereka. Ya lah mereka kan nak kekal lama dalam industri pengeluaran teknologi ne.

    Beberapa tips yang boleh diberikan sekiranya anda ingin memilih kamera DSLR pertama anda adalah:


1. Tujuan atau sebab kenapa anda ingin memiliki kamera tersebut. Adalah disebabkan anda memang nak jadi jurugambar professional, minat, saja-saja beli atau  suka tengok orang beli kita nak beli.

2. Kemampuan kewangan atau bajet. Sebelum membeli kamera anda perlu melihat senarai harga dalam pasaran supaya anda boleh memiliki kamera DSLR dalam lingkungan bajet atau kemampuan anda.

3. Sensor kamera/Camera Sensor : Sensor kamera adalah kunci utama dalam DSLR di mana fungsi adalah membentuk imej seperti filem dalam kamera terdahulu
  • Megapixels: Sekiranya anda membeli compact kamera, anda akan bertanya pasal megapixels. Ialah tengok kat body dia akan cakap pasal pixels, sama seperti handphonekan.. Tapi dalam kamera DSLR   megapixels bukanlah perkara utama yang anda perlu lihat. Mempunyai lebih megapixels tidak akan menghasilkan imej yang berkualiti, ia hanya membenarkan pembesaran saiz imej yang dihasilkan.



    4. Mod Video: Adakah anda memerlukan fungsi video dalam kamera anda. Mungkin anda suka mengambil video maka fungsi ini boleh di ambil kira.

    5. Saiz Sensor/ Sensor Size: Anda digalakkan memilih kamera DSLR yang mempunyai Full frame Sensor/Sensor bingkai penuh sering dianggap menjadi setara digital daripada filem 35mm. Ia akan menghasilkan imej yang lebih berkualiti dengan penggunaan ISO yang tinggi.

    6. Sensor Cleaning : Salah satu keburukan menukar lensa kamera adalah kemungkinan habuk atau kotoran akan memberikan kesan kepada Sensor kamera. Habuk serta kotoran akan menghasilkan tompok-tompok kabur dalam imej anda. Oleh itu terdapat kamera DSLR yang mempunyai self-sensor cleaning untuk membersihkan habuk atau kotoran yang terbentuk.

    7. Lensa: Kebiasaan kedai akan menjual kamera bersama kit lense 18-55mm, Ini akan membolehkan anda untuk mengambil imej landskap di hujung lebar (18mm) dan kemudian mengambil beberapa potret yang baik pada akhir biasa (55mm). Sekiranya anda berniat untuk menaik taraf kamera anda (tidak kira jenama apa), anda tidak perlu menjual lensa yang anda ada, sekiranya lensa anda tidak sesuai dengan kamera baru anda hanya perlu membeli adapter


    8. Kamera second hand: Sekiranya anda berniat untuk membeli kamera second hand, pastikan anda melihat kepada shutter count kamera tersebut. Seperti meter kereta atau millage berapa kilometer telah ia pergi, begitu juga kamera. Shutter count memberikan nilai atau bilangan klik kamera yang telah di ambil oleh kamera tersebut. Ini kerana, kamera mempunyai jangka hayat sebelum ia lupus.



    Rujukan sumber:
    1. http://photography.tutsplus.com/articles/the-ultimate-guide-for-buying-your-first-digital-slr--photo-2270
    2. http://digital-photography-school.com/full-frame-sensor-vs-crop-sensor-which-is-right-for-you/



    0 comments:

    Post a Comment

     

    Dari Kanta Lensa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei