Sunday, April 13, 2014

Assignment/Tugasan 1: Bahagian 1 - Komposisi Asas

Posted by Numi at 6:46 AM


     Tugasan 1, bahagian 1 adalah berkenaan dengan penghasilan gambar atau imej dengan menggunakan 5 perkara asas iaitu Simplicity, Rule of Thirds, Line, Balance dan juga Framing. 

1. Simplicity




f/4.5 | 1/80s | ISO 200 ( Nikon D3100@28mm)


f/5.6 | 1/400 | ISO 100  (Nikon D3100@42mm)

    Dalam menghasilkan gambar berkonsepkan simplicity, apa yang perlu adalah subjek yang ingin difokuskan dan mengasingkan latar belakang yang tidak penting. Bagi gambar yang yang mempunyai latar belakang yang banyak, anda boleh menggunakan teknik blur atau Bokeh. Untuk menghasilkan bokeh yang sempurna adalah menggunakan nilai aperture yang besar yang akan memberikan depth of field yang shalloe/dangkal. Teknik ini memerlukan anda bermain dengan fokus point yang bertindak mengenalpasti objek yang anda ingin perolehi. Kurangkan jarak antara kamera dan objek. Semakin dekat kita berdiri dari objek, semakin blur latar belakangnya. Semakin dekat objek, fokus lensa juga semakin dekat dengna objek, maka depth of field  akan makin menyempit.

2. Rules of thirds



f/5.6 | 1/100s | ISO 100  (Nikon D3100@55mm)


f/5 | 1/200s | ISO 100 (Nikon D3100@34mm)



     Penggunaan rule of third agak mencabar di mana anda perlu memberikan kesan yang lebih mendalam kepada gambar dengan mencari kekuatan ke dua dalam memastikan gambar lebih menarik. 

3. Line


f/5.6 | 1/400 | ISO 100 (Nikon D3100@29mm)


f/11 | 1/100s | ISO 100 (Nikon D3100@55mm)

   Menghasilkan gambar dengan konsep line tidak terlalu sukar. Namun anda perlu memastikan mata pengguna adalah melihat gambar dalam bentuk satu garisan. Oleh itu, anda perlu memastikan semasa mengambil gambar, kamera anda adalah dalam keadaan lurus atau garisan yang dihasilkan atau ingin diambil adalah lurus.

4. Balance


f/22 | 1/2000s | ISO 100 (Nikon D3100@18mm)



f/5.6 | 1/200s | ISO 100 (Nikon D3100@55mm)


5. Framing


f/25 | 1/2s | ISO 100 (NIkon D3100@20mm)

f/14 | 1/20s | ISO 100 (Nikon D3100@55mm)

   Menghasilkan gambar yang mempunyai frame juga agak mencabar kerana anda perlu mencari sesuatu atau membuat frame kepada gambar anda.


     Pada pendapat saya, semasa menghasilkan gambar ini penggunaan konsep balance dirasakan agak mencabar. Ini kerana saya perlu memastikan bahawa terdapat keseimbangan di dalam gambar yang di hasilkan. Disamping itu, ketika mengambil gambar yang memerlukan penentangan cahaya kepada matahari membuatkan saya perlu menggunakan flash supaya gambar yang dihasilkan tidak gelap.

    Saya suka menggunakan teknik line. Ini kerana ia membawa mata penggunakan kepada bentuk line yang ingin anda gambarkan. Disamping itu ia juga boleh menghasilkan bokeh yang menjadikan gambar lebih dramatik.

0 comments:

Post a Comment

 

Dari Kanta Lensa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei