![]() |
Nikon: LCD Menu |
Aperture Priority, f-stop
Aperture priority lebih dikenali sebagai f-stop. Fungsi Aperture adalah mengawal exposure daripada cahaya yang memasuki kamera melalui lensa yang dikawal secara manual. Dalam bahasa kasar adalah mengawal bukaan lubang pada lensa. Kalau anda ingin membeli kamera DLSR tak kan anda nak beli kamera yang modelnya adalah untuk beginner, mesti anda nak beli kamera yang taraf adalah untuk intermediate atau PRO.
Sebelum saya menyentuh lebih jauh berkenaan dengan aperture dan bagaimana untuk mengawalnya, sekiranya anda membeli kamera untuk pengguna intermediate atau PRO anda takkan nampak indicator-indicator yang akan saya tunjukkan di bawah nanti. Jadi disebabkan ilmu serta pengetahuan yang tak banyak tentang kamera kitapun gunakan teknik cuba dan jaya asalkan gambar tu cantik. Perpatah menyatakan bahawa,
"memiliki kamera DLSR tidak akan menjadikan anda seorang jurugambar, namun anda hanya dipanggil sebagai pemilik kamera DLSR sahaja".
Aperture kamera boleh dikawal dengan menggunakan Manual, M mode atau Aperture, A mode pada kamera anda. Perbezaannya adalah sekiranya anda menggunakan Manual mode, anda perlu mengawal aperture dan shutter priority secara manual. Namun sekiranya anda menggunakan Aperture Mode, kamera secara automatik akan mengawal shutter Priority kamera anda.
Apa fungsi Aperture Priority kamera DLSR ini? Ia bertujuan dalam mengawal bukaan lensa untuk membenarkan jumlah cahaya yang sesuai memasuki kamera untuk menghasilkan imej yang baik yang lebih scientifiknya mengawal depth of field. Depth of field adalah ukuran sejauhmana bidang fokus dalam foto. Iaitu mengawal kedalaman sesuatu gambar yang dihasilkan.
![]() |
http://media.digitalcameraworld.com/files/2012/08/Aperture-depth-of-field-photography-cheat-sheet.jpg |
![]() |
https://blog.etsy.com/en/2011/mastering-depth-of-field-techniques-for-dynamic-photos/ |
Tips:
1. Semakin besar nombor, semakin kecil bukaan lubang lensa, Semakin besar depth of field.
2. Semakin kecil nombor, semakin besar bukaan lubang lensa. Semakin besar depth of field
3. Untuk mengubah nilai aperture bagi kamera nikon,
Bagi manual mod, M
Tekan butang I (jangan lepas), kemudian gerakkan II ke kanan untuk kecilkan bukaan kanta, dan ke kiri untuk besarkan bukaan kanta,
![]() |
Mengawal aperture bagi kamera Nikon |
Shutter Speed
Shutter speed adalah jumlah masa untuk shutter terbuka. shutter ini ibarat "tingkap atau tirai" kamera yang mengawal kuantiti cahaya yang masuk serta menyentuh sensor dan seperti aperture ia juga akan mempengaruhi exposure kepada imej. Semakin lama ia terbuka, makin banyak cahaya yang masuk maka semakin cerah imej yang terhasil.
Kebiasaanya untuk menggunakan shutter speed yang perlahan, keseimbangan badan ketika mengambil gambar adalah penting. Salah satu cara adalah menyandarkan badan anda ke dinding atau mencari penahan serta menggunakan tripod untuk memastikan imej yang terhasil tidak bergegar. Shutter speed mempunyai 3 jenis setting iaitu shutter speed yang laju adalah untuk freeze pergerakkan, manakala shutter speed yang perlahan adalah untuk blur sebarang pergerakkan.
Shutter speed kebiasaannya digunakan untuk merakam pergerakkan subjek yang ingin dihasilkan. Kebiasaannya dibaca sebagai saat iaitu berapa saat bukaan dan tutup tetingkap lensa. Diwakili oleh nombor 1/x.
![]() |
http://www.pbase.com/image/41450051 |
![]() |
http://www.digitalcameraworld.com/2012/05/17/what-is-shutter-speed-everything-you-need-to-know-in-less-than-500-words/ |
![]() |
http://www.shortcourses.com/use/using1-10.html |
ISO adalah ukuran sensitiviti kamera sensor kepada cahaya. Semakin tinggi ISO, maka semakin sensitif sensor kepada cahaya. Namun begitu nilai ISO adalah bergantung kepada keadaan dan situasi. Bagaimana kita hendak mengetahui apa itu sebenarnya ISO, kita boleh lihat contoh penggunaan ISO dalam film-film lama yang digunakan oleh camera pada satu ketika dahulu.
![]() |
Contoh ISO 400, 200 |
White Balance
White balance tidak mempengaruhi exposure. Ia cuma mempengaruhi penampilan warna pada imej. Penggunaan sumber cahaya yang berbeza menghasilkan cahaya ia sendiri dan tidak boleh dilihat oleh mata kasar. White balance adalah kesimbangan warna daripada cahaya yang diperolehi untuk menghasilkan warna imej yang betul. Apabila anda mengubah white balance pada kamera digital, anda mengubah warna yang dirasakan tidak realistik daripada imej. Ia merujuk kepada perubahan jumlah warna merah, hijau dan biru bagi memastikan warna semulajadi terhasil pada imej. Penggunaan White balance juga adalah bergantung kepada cahaya. Sekiranya imej yang terhasil adalah gelap disebabkan penerimaan cahaya yang banyak anda digalakkan menggunakan fungsi flash.
Sumber Rujukan;
1. http://media.digitalcameraworld.com/files/2012/08/Aperture-depth-of-field-photography-cheat-sheet.jpg
2. https://blog.etsy.com/en/2011/mastering-depth-of-field-techniques-for-dynamic-photos/
3. http://www.pbase.com/image/41450051
4. http://www.digitalcameraworld.com/2012/05/17/what-is-shutter-speed-everything-you-need-to-know-in-less-than-500-words/
5. http://www.shortcourses.com/use/using1-10.html
0 comments:
Post a Comment