Friday, April 11, 2014

Refleksi: Komposisi dalam fotografi

Posted by Numi at 3:15 PM


   Dalam entiti kali ini akan memberikan gambaran berkenaan dengan komposisi dalam fotografi. terdapat 5 jenis komposisi iaitu Simplicity, The rule of thirds, Lines, Balance dan Framing. 

1. Simplicity

    Simplicity  adalah cara dalam memberikan titik fokus dalam penghasilan gambar atau imej. Ia menceritakan di mana sebenarnya perlu kita perlu memberikan perhatian dalam sesuatu gambar yang terhasil. Salah satu cara adalah membilih latar belakang yang tidak padat yang akan memberikan halangan atau mencuri perhatian kepada subjek anda.

     Sebagai contoh gambar di bawah, di manakan titik fokus kita, adakah telefon, jambatan atau pokok kaktus?  Sekiranya kita memilih pokok kaktus, maka kita boleh menyisihkan subjek lain sebagai imej dan menggunakan langit sebagai latar belakang.




2. The rule of thirds 

    The rule of thirds  adalah membahagikan gambar kepada tiga pada kedua kedudukan iaitu menegak dan juga mendatar. Garisan horizon adalah salah satu daripada garisan mendatar. Subjek utama perlulah diletakkan 1/3 atau 2/3 daripada frame. Guna "sweet spots" untuk peletakkan yang sempurna.


The rules of third:
http://www.hippasus.com/resources/viscomp/Images/rule_thirds_schematic_sm.jpg


http://infocus.charlestonimage.com/2008/09/rule-of-thirds.html
3. Lines

     Lines atau garisan akan memberikan fokus kepada pengguna kepada trak atau jalan. Namun begitu untuk menghasilkan line, garisan mendatar dan menegak perlulah lurus.





4. Balance

    Balance  adalah susunan bentuk, warna atau kawasan gelap dan terang dan memenuhi sesama mereka untuk memastikan kesimbangan imej atau foto yang diambil.


5. Framing

    framing adalah cara untuk menyisihkan persekitaran yang tidak penting semasa mengambil gambar dan memfokuskan kepada pandangan yang ingin dihasilkan sahaja.






0 comments:

Post a Comment

 

Dari Kanta Lensa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei