1. Aperture Priority

Aperture priority berfungsi mengawal kuantiti kadar cahaya yang masuk dan menyentuh kanta. Semakin besar bukaan aperture akan menghasilkan imej yang over exposure dan gambar akan menjadi terlalu terang. namun sekiranya kecil bukaan aperture akan menghasilkan imej yang under exposure dan gambar menjadi gelap. Sekiranya penghasilan gambar dihasilkan dengan menggunakan nilai aperture yang sesuai dan sempurna, penghasilan gambar akan menjadi tajam dan jelas.
2. Shutter speed
Shutter speed digunakan untuk menentukan jumlah masa untuk cahaya bergerak dalam kamera dan menyentuh sensor. Ia digunakan untuk imej yang dihasilkan oleh pergerakkan sebagai contoh kipas, kereta, hayunan dan sebagainya. Sekiranya diperhatikan pada imej 1 dan 2 dengan nilai shutter speed 1/1000s dan 1/ 320s subjek dilihat menjadi pegun walaupun sedang berbuai. manakan imej 3,4 dan 5, objek menghasilkan pergerakkan dan gegaran.
3. White Balance
Penggunaan white balance bergantung kepada keadaan dan pencahayaan. Namun begitu sekiranya anda mengambil gambar pada keadaan di mana matahari adalah di hadapan anda, rendahkan sedikit kamera anda atau gunakan flash untuk memberikan impak yang lebih dan mengelakkan kamera anda mengalami keadaan over exposure.
4. Depth of Field and Action Photos
f/5.6 | 1/3s | ISO 1600 (Nikon D3100@55mm) |
f/4 | 1/20s | ISO 100 (Nikon D3100@24mm) |
Gambar ini menggunakan aperture pada bukaan yang rendah memandangkan penerimaan pencahayaan yang tinggi. Oleh itu penggunaan shutter speed pada kadar yang sederhana membantu penyerapan cahaya masuk untuk memberi kesan kepada sensor. Penghasilan bokeh memberikan impak yang lebih tajam kepada subjek.
f/4.5 | 1/20s | ISO 100 (Nikon D3100@30mm) |
f/16 | 6s | ISO 800 (Nikon D3100@18mm) |
0 comments:
Post a Comment